Wednesday, December 28, 2005

Rehat Yang Bebetul Panjang..

Buat teman2 sekalian.. saya akan berehat dari alam blogger ini buat sementara waktu untuk merawat diri.. doakan semoga saya cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa..

Thursday, December 22, 2005

Perut OooOoOooohh Perut..

Hari Ahad minggu lepas aku kena sakit perut.. aper lagi kalau bukan sakit perempuan yang datang tetiap bulan tu.. senggugut. omputeh panggil period pain.. aku tak expect akan kena sakit sampai tak boleh bangun. Sebab aku dah makan ubat penahan sakit, synflex.. masalahnya naper le aku rasa ubat tu tak jalan.. malam tu aku tak leh tido sebab rasa perut aku nie macam mencucuk pastu rasa macam bergelodak dan ishkkk tak tau le aku nak cerita macamana lagi.. sebab sakit sangat-sangat.. sedeh aku..

Pagi2 senin aku terus tak leh bangkit, aku cuba gak gagahkan diri nak bangun, mak aii rasa nak pitam pun ada, peluh sejuk, peluh jantan semua keluar.. ishkkk ini tak boleh jadik nie, aku mesti pi klinik.. aper ke mendenya sampai macam nie sekali punya sakit.. cecepat aku SMS secretary bozz cakap aku MC.. perut aku nie macam bisa benar nak pegang pun sakit… aku kena tunggu sampai sakit aku reda baru boleh pergi kilinik, nak jalan pun tak boleh.. abis tu camno.. last2 aku tertidor dalam kesakitan..

Sedar2 dah dekat pukul 9 gitu, aku cuba bangkit.. boleh le bangun, tapi perut aku masih bisa2 lagi.. jadi aku jalan macam orang tak cukup zat gitu, terbongkok2 pastu macam pelan benar.. tak boleh straight kan badan aku nie.. sakit menggila.. aku gagahkan juga pergi klinik. Aku tinggal kat Bandar Sri Permaisuri tu dah nak masuk 3 tahun, tapi nie le 1st time aku menjejakkan kaki kat Klinik Sri permaisuri. Dokter yang rawat aku nama dia Dr Raha.. baik jugak dokter nie (aku bukan le puji dia sebab dia bagi aku MC).. tapi cara dia layan pesakit dia tu.. tapi sayangnya dia tak boleh nak cek aku lebih2 sebab perut aku nie sensitif sangat dan tak boleh dipegang langsung. Sakit dia tu tak terperi, dokter pegang sket aku dah mengadu sakit, last2 dia mintak aku pergi refer kat gynie.. terpinga2 gak aku mulanya.. aku tak terfikir pun nak kena jumpa pakar.. tapi tu bagus gak tu, at least boleh gak aku tau secara terperinci aper ke nama penyakit aku nie.. aku keluar dari klinik tu dengan ubat pain killer yang paling kuat… baik punya ubat.. bukan baik punya celok hahaha.. hahaha

Perut aku agak lega lepas makan ubat penahan sakit tu.. sepanjang2 hari aku tido.. perut aku dah tak sakit sangat.. masih sakit tapi dah boleh tahan.. tapi aku masih tak puas hati, aku masih teringatkan yang dokter tu suruh aku refer kat gynie. Dr Raha sense ada something dalam perut aku.. mak aii.. naper le selama2 nie aku tak terfikir nak buat scan ultrasound ke haper ke.. aku terpinga2 sendiri.. hermmm I have to do something..

So, ari selasa ari tu, aku pi kerja macam biasa tapi pepagi lagi aku dah mintak izin nak keluar pi klinik yang belakang opis aku tuh.. at least situ boleh scan sekaligus.. aku selalu jumpa dengan dokter perempuan kat situ, Dr Yew, nama dia. So, Dr Yew tu bagitau aku yang aku kena amik GL (Guarantee Letter) dari akunyer IMG baru le dia boleh buat scan.. ler, sesuka hati aku je ingat sesenang boleh pi scan macam gitu je. Selain tu Dr Yew jugak suruh aku berpuasa malam sebelumnya supaya senang dapat detect apa yang tak kena.

Ada lecehnya pakai pihak ketiga semasa berurusan dengan dokter nie, dulu elok2 pakai ING sekarang tukar IMG.. katanya ING caj dia mahal, tapi aku nengok bil2 IMG lebih kurang ING gak.. tak ke sama tuh.. buang2 karan je le tukar2.. errr tak penat kedorang nak sain agreement bagai.. takpe le.. asalkan depa happy.. tapi sekarang nie aku ala2 tak berapa nak happy sebab kena tunggu dorang prepare GL baru boleh gi scan. Aku sangkakan makan hari le nak prepare GL tu, rerupernya setengah jam je dah siap.. dorang faxkan GL tu… lega sket aku sebab GL dah ada dalam tangan.. tapi tak leh gi scan lagik sebab aku kena berpuasa.. so malam tu start pukul 7 aku dah tak makan lagi..

Pagi tu aku tak sabar2 nak pi jumpa dokter.. tak makan lagi nie, aku cuma minum je sket.. tu pun sebab haus. So pukul 8.25 aku dah terconggok kat depan pintu klinik.. klinik bukak pukul 8.30. Sedih betul lah hari rabu tu.. aku punya le tak makan, alih2 si auntie India yg jadik assistant dokter tu tanya, aku nyer bladder dah penuh ke blum.. aku macam terpinga2, aikss kata suruh aku puasa macamana dia nak penuh. Dia bagi aku air, suruh minum & suruh tunggu sampai bladder aku penuh.. hermmm confuse kejap aku nie.. dalam kebingungan aku minum gak.. daharga le katakan.. tak cukup satu gelas, aku mintak lagi satu gelas.. aku nak cepat2 penuhkan pundi aku tuh.. sekali, baru je abis air aku dengar si auntie India tu dah kena marah dengan dokter sebab bagi aku minum.. aku boleh dengar sebab bilik dokter dengan tempat ultrasound tu bersebelahan je.. hangin aku satu badan bila aku terdengar yang akunyer scan tak dapat buat sebab nanti tak accurate.. dia suruh India tu bagitau aku.. alahaiii nasib.. nengok jam dah pukul 9.15 gitu.. sesia je sejam aku melepak kat klinik tu, hampessss.. bila auntie tu dating balik dengan muka sedeh dia sebab baru lepas kena marah.. aku dah tak larat nak marah dia lagi.. dah sah2 dia cakap it’s my mistake.. at least dia mengaku, aku malas nak cakap banyak.. Cuma cakap next time jangan buat macam nie lagi

So ari nie.. ari khamis aku dengan tak berputus harap sekali lagi aku menapak ke klinik tu.. dan at last aku berjaya menscan perut aku nie.. dokter scan akunyer hati, limpa, buah pinggang.. semua Alhamdullilah, dalam keadaan baik.. tapi bila dia scan ovari.. ada nampak dua biji.. macam bola gitu.. aikss aku dah macam tak percaya.. haaaa.. sekarang dah terjawab mengapa perut aku selalu sakit.. rerupernya aku ada ketumbuhan kat dalam perut aku nie.. aduhhh makkk.. ngerinya aku nengok.. memang sedih gila.. tapi aku redha atas segala ketentuan

Dr Yew suruh aku refer kat dokter pakar.. selepas aku tanya kengkawan.. aku rasa2 nak pergi kat Hospital Pantai.. dan kawan aku si Lin cakap dia dulu pi situ, dan refer kat Dr Idris Ahmad.. so, Dr Idris here I comeeee…

Wednesday, December 21, 2005

Nice Poem From Wardah

Just to share a nice poem written by Wardah..

From: WARDAH AS SAKINAH BAKAR
Date: Mon, 19 Dec 2005


If there's one thing in existence
That I just can't live without
It would have to be YOU, my love,
Without a shred of doubt!


It's like you are my life support -
I mean other than the standard fare -
That is, you know, the obvious,
Food, water, shelter and air.


You're more important than the sun itself,
More intriguing than the moon,
You're more charming than a subtle breeze
On the perfect afternoon...


You're more beautiful than the sunset,
And I think that you should know
The twinkling of a billion stars
Could never match your glow.


*"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal
dunia"

Friday, December 16, 2005

Cerita Kelakar Di Petang Jumaat..

Sekadar hiburan semata..

3 org budak
Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...
Lina:ko dah besar nak jadi apa?
Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo
Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl
Ahmad:(Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...


Malang
Sorang husband balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan. Bila
bini dia tanya, katanya... masa kat escalator airport, sorang awek cun
berskirt di depan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit gak
kat celah ponggong dia, so, dengan baik atinya, dia tarik le... so, awek tu
bengang, terus tumbok dia... "Debuk" lebam nombo 1 kat mata kanan. Dalam ati dia kata... 'mungkin awek ni marah sbab aku tarik kain dia tadi'...so, dia pun tolak le balik kain tu masuk... dan seterusnya "debuk" untuk lebam ke2 di mata kiri...


Kesian... kan? dan lepas husband ni abis bercerita, idung dia plak berdarah
dan patah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal...


Surat untuk ayah

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:
Ayah, Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang
mengandungi ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.

Saddest Email For The Day


Aku terima satu email yang aku tak tau nak gelak ke nak nangis.. so, u all nilaikan le sendirik..

sekali imbas aku akan tergelak nengok gamba nie.. tapi kalau dilihat dari segi simbolik, ada banyak gambaran yang boleh dibuat nie.. hermmm ada satu part aku tergambar cerita sedeh, terasa gak kesayuan.. dan kepiluan aku pada anak ayam nie.. ehh.. ehh bior betoi aku nih.. tapi itu aku le.. mungkin hari nie, mood aku mood sayu pilu, so.. tu yang jatuh kesian pada anak ayam tu.. macam2 lah..

Thursday, December 15, 2005

Tips From Dr Fatma

This is a very good tips from Dr Fatma..


From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class
How to use the Surah Al Fatihah


1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all
the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and
take a bath with that water.
3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once
in the morning and once at night, everyday without fail.
4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and
drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.
5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.
6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by
the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your
saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.
All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.


Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah
masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar"
dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan
dimakbulkan oleh Allah.

Wallahualam.

Notes taken fm Ust Fatma's last lecture session taken by her
closest friend, Ani:-
Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x
Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap
hari.
2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas
sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look
young and feel young inside)
3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan
ketenangan jiwa.
4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga
boleh menghilang/meredakan

It's never Between You And Them Anyway..

People are often unreasonable,
irrational, and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind, people may accuse
you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some
unfaithful friends and some genuine enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and sincere
people may deceive you;
Be honest and sincere anyway.

What you spend years creating
others could destroy overnight;
Create anyway.

If you find serenity and happiness,
some may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today,
will often be forgotten.
Do good anyway.

Give the best you have,
and it may never be enough;
Give your best anyway.

In the final analysis,
it is between you and God;
It was never between you and them anyway.

Monday, December 12, 2005

Sesak nya jalannn.. sesesak dada aku nie..

Hari nie Selangor cuti.. tapi aku kerja kat KL, so cuti tu tak applicable kat aku.. ada sesket geram.. hari nie gak kemuncak persidangan ASEAN ke-11.. memang dalam media dah cakap jalan tutup.. tapi aku gatal nak drive gak.. pastu tadi dalam pukul 6.30 petang aku jengok tingkap.. mak aii jalan punya le jem.. dengan keadaan cuaca yang hujan pastu kereta bersesak2.. semua orang nak kejar sebelum jalan tutup pukul 7.30.. nampak gayanya lepas Isyak le aku keluar.. sebab jalan bukak balik pukul 8.30 malam nie.. tak guna gak keluar sekarang dengan jalan yang sesak macam tu.. buang karan je.. ada baiknya aku abiskan kerja kat opis nie..

kerja dah lah melambak2 kat opis.. pastu si mokcik (gelaran yang aku beri pada seseorang yang amat aku tak gemar - dari segi attitude) nie pulak buat kerja kelam kabut dan tak tentu arah.. tak organise sungguh.. sudahnya aku pulak kena tempias dari kerja dia yang ala2 melepaskan batuk di tangga.. hermmmm, apa kita boleh buat (macam kekata pakar motivasi.. Dr Hj Fadillah Kamsah jer hehehe.. hehehe).. aku kena buat kelakar untuk meredakan sesak kat dada aku nie.. emosi kena control beb.. aku tak mau kena stress.. aku nak muka aku ceria sokmo.. khikhikhi.. awet muda tu, jangan tak tau.. banyak melalut lah aku nie..

aku ada satu poem yang sesuai untuk ditujukan khas buat mokcik tu.. sebab banyak kali dah dia menyusahkan hidup aku.. so, sekadar seloka di petang hari, mokcik terima lah..

I wrote your name on sand it got washed.
I wrote your name in air, it was blown away. then
I wrote your name on my heart & i got Heart Attack.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
God saw me hungry, he created pizza .
He saw me thirsty, he created pepsi .
He saw me in dark, he created light .
He saw me without problems, he created YOU.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Twinkle Twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
why doesn't it rain on you?
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Roses are red, Violets are blue
monkeys like u should be kept in zoo.
Don't feel so angry you will find me there too
not in cage but laughing at you.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
When your life is in darkness pray to God ask him to free u from
darkness and if after you pray and you are still in darkness, please
pay your ELECTRICITY BILL
"KIND WORDS CAN BE SHORT AND EASY TO SPEAK, BUT THEIR ECHOES ARE RUELY ENDLESS."

Wednesday, December 07, 2005

Cetusan Suara Subuh

Aku nak sangat menaip kisah hidup aku nie.. kalau boleh cerita semua mende yang aku nengok, dengar, jumpa, rasa dan pelbagai lah.. kalau boleh apa yang aku impikan pun aku nak cerita, tapi disebabkan masa tidak mengizinkan.. maka kebanyakkan yang dipostkan kat sini cuma forward email..

Memang banyak le forward email yang aku terima, tapi tak semua aku postkan kat sini. Selalunya aku postkan email yang menyentuh hati ku (happy, sayu, mendekatkan diri padaNya etc lah).. email yang berinformatif .. dan jugak email yang panjang berjela yang aku sendiri tak sempat baca, aku akan postkan kat sini.. kelakarkan.. tapi itu lah aku.. nak clearkan mail box.. akunyer blog lak jadik mangsa khikhikhi..

Tapi pagi nie, bila aku baca email nie.. tersentuh sungguh hati ini.. aku tak tau saper penulis dia.. kalau ada nama penulis tu, nak gak aku berikan kredit, tapi sememangnya forward email sebegini tidak dinyatakan siapa penulisnya.. frust gak aku kengkadang.. aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada penulis cerita cetusan suara subuh nie sebab sedikit sebanyak dapat menyedarkan aku akan suara2 yang tidak didengari ditelinga ini..

Untuk renungan bersama..

Cetusan Suara Subuh

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang.

Ku tanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?"
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.
Aku fahami maksud Subuh. "Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuh! ya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.

Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. "Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku?
Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh".
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
"Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,
"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,
"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Namun Jawapannya? tersirat dalam diri kita sendiri.

"sesungguhnya, apa yang baik itu datangNya dari Allah.. dan yang tak baik itu adalah kelemahan diri kita sendiri.."

"Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di seluruh Permasalahan" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Tuesday, December 06, 2005

Arrggghhh Tensionnnnyerr..

Aku tensen betol ari nie.. keje punye le banyak, macam tak abis2 lak tu.. besok dah kena submit, mana le aku tak tensen.. stay back le aku ari nie nak abiskan keje2 yang menimbun nie..

Dalam tensen2 tu sempat gak aku nengok email datang dari kawan nie.. kelakar dan buat aku tersenyum sengsorang depan pc.. aku rerasa pernah baca dah email nie, lawak zaman tok nun..


Tiga Ekor Pontianak

Pada satu malam 3 ekor pontinak sedang bertenggek di atas pokok sambil
bergaduh tentang kehebatan masing-masing.Ketiga-tiga mengaku diri
mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikan ke hebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat.10 saat kemudian balik semula
ke pokok tersebut.Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi
Pontianak A.

Pontianak A : Korang nampak rumah tu
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 5 saat kemudian
balik semula ke pokok tersebeut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada
gigi,malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Korang nampak kampung tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak
A dan B .Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut.Kelihatan darah
mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut,malah pada keseluruhan muka
pontianak tersebut.
Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak...


Layaaannnn....

Friday, December 02, 2005

Tazkirah Jumaat

Tazkirah ini bersesuaian dengan hari Jumaat yang mulia nie.. forward email macam nie bagus gak untuk dibaca dan di sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. A bit long but it worth reading..

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut".


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"DemiAllah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuh ku luka-luka dengan keluarnya roh" .
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu.
Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya"
.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
" Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,jangan kamu
diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia kelalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur dimuka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.

Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur di mukanya dan
kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila! gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal! maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menu ju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Thursday, December 01, 2005

Iman Semut Vs Iman Manusia

Satu renungan untuk bersama..

IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan?
Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji,
dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan,
kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku
dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya
tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur
untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah
penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur,
2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.
Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.
98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak,
biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.


Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Hanya PadaMu Ku Berserah..

Thanks to my cyber friend.. Born2bda'ie
, di atas komen beliau terhadap citer yang aku paparkan di awal minggu lalu.. padahal takde isu pun, tapi masa tu fikiran tengah terganggu le katakana semua mende nak diluahkan dekat blog nie.. lepas tulis apa yang aku rasa, baru le lega sikit.. tapi kalau difikir2kan balik sebenarnya tak berbaloi pun aku nangis dan risaukan mende2 yang remeh temeh macam tu, ada banyak lagi perkara yang lebih afdal, yang harus aku fikir.. tapi komen Born2bda’ie ada juga kebenarannya.. aku baca berkali2 gak le komen dia nie, lepas tu aku amik keputusan nak pastekan kat sini untuk tatapan semua..

Kembali kepada Allah adalah jalan penyelesaian bg segala2nya. tiap2 hari insyaAllah kita baca al-fatihah paling kurang 17 kali.ayat ke 5 bermaksud "hanya Engkaulah yang kami sembah dan meminta pertolongan".. melalui ayat tu,kita sendiri dah ngaku yg kita hanya sembah Allah dan meminta pertolongan padaNya. Namun, sejauh mana kita laksanakan apa yg kita perkatakan tu? kalau hanya Allah yg kita sembah, semua suruhanNya kita buat. semua laranganNya kita tinggalakan. Allah melarang kita dari menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim. nah tgk sendiri apabila larangan ini kita buat. kebahagiaan rumah tangga terjejas. namun takdir jua yg menentukan segalanya,jgn dikesalkan apa yg sudah tertulis di lauh mahfuz.mungkin ia merupakan titik tolak untuk kita lebih dekat padaNya. bersabarlah dalam menghadapi segala dugaan hidup kerana hidup ini sesungguhnya hanya sementara. taatlah pada Allah dan rasul dan kemudian suami selagimana suami taat kepada Allah dan rasul. semoga Allah memberi hidayah..wallahualam..

Memang betul pun apa yang dinyatakan tu.. setiap apa jua masalah mesti ada jalan penyelesaian dan kita sebagai hambaNya, perlulah berusaha, berdoa dan akhir sekali baru lah berserah segalanya kepada Allah..

Hanya padaMu ku berserah.. (ehh macam tajuk lagu lah pulak..)