Tuesday, February 10, 2009

Bz yang sungguh membosankan..


aku bz sungguh skang nie.. bayangkan aku kerja 7 hari seminggu dan balik lewat malam hampir tiap2 hari sepanjang 2 minggu nie.. sungguh penat..
bz kan.. aku kena stayback tu pun sebab company aku nak tukar
accounting system..
aku rasa end of this week baru boleh migrate kot..
so, selagi tak abeh migration, selagi tu le aku kena stay back..
ooohhhhh noooo!!!!!!

dah abeh migrate, aku kena focus on audit pulakkk
aku nyer kerja ala2 takkan abeh2 lah..
sungguh penat & membosankan...

:((

Sunday, February 01, 2009

Budak Kelantan The Movie

aku baru je nengok filem nie.. dari CD yang aku beli kat Larkin.. CD ori ok :P..
.
sian aku dah 3 bulan filem nie tayang kat panggung.. baru last week aku dapat nengok.. aku suka banget citer nie, sib baik aku beli CD, at least buleh ulang2 nengok..


citer nie hampir 100% bercakap kelantan.. aku lak dah memang sebati dengan bahasa nie..
tapi tak pernah lak aku pakai perkataan nie "koya best".. hahahaha.. hahahaha.. gapo2 lah, ghano2 pong ambo memang respek pado pengaroh cito nie..
.
Aku rasa jalan citer dia lebih mengambarkan kehidupan sebenar.. bukan pasal perbuatan Jaha yag jahat tu.. tapi keadaan rumah orang bujang (tempat jaha tinggal), memang kebanyakkan rumah orang bujang simple dan dikongsi beramai2 sebijik macam citer tu.. ada gak orang bujang tinggal dirumah yang cukup lengkap perkakas rumah (macam tempat tinggal bucek), tapi tak banyak sangat lah orang bujang tinggal kat umah cantek macam nie..
.
watak jaha memang berkesan.. menjadi jahat dia, dan aku memang geram ngan jantan macam nie.. aku rasa memang ada orang macam nie di alam realiti.. tapi yang tak logiknya watak bucek yang sanggup bagi girlfriend pada kawan dia.. ishkkk part nie memang tak leh terima akai.. ada ke patut..
the rest aku rasa filem nie memang cukup lah.. aku boleh rasa lah.. nak2 di awal citer masa lagu anak tupai.. "ado seko anok tupa, atah jula mokte" dan cerita nie menggambarkan bucek dalam perjalanan ke KL.. jalan2 tu semua memang aku lalu.. aku rasa seolah2 aku yang dalam perjalanan dari kampung ke KL.. excited aku ngan citer nie.. Koya Best gitu.. heheheh.. hehehehe
pada sesaper yang belom nengok citer nie, aku ada pastekan sinopsis citer dia kat bawah nun.. aku bangga dengan filem nie..
.
tahniah pada pengarah & pelakon filem Budak Kelantan..
.
Penerbit, Pengarah, Penulis & Pelakon..
.
Penerbit: Puad Onah
Pengarah: Wan Azli (tak pernah aku dengar pengarah nie tapi aku rasa arahan dia Best..)
Penulis: Wan Azli (Lakon layar)
Pelakon:Danny (Buchek), Bienda (Che Nor), Mohd Asrulfaizal (Jaha) (lakonan pelakon lain jugak hebat tapi paling menyerlah lakonan Mohd Asrulfaiza.. wa caya sama lu bro..)
.
Sinopsis Filem Budak Kelantan..


Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.
.
Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.
.
pada sesaper yang nengok.. happy watching :D